DEFINASI DUNIA TANPA SEMPADAN
Selain itu penggunaan alat telekomunikasi turut dikaitkan dengan dunia
tanpa sempadan iaitu kita boleh berhubung dengan sesiapa saja melalui
alat digital ataupun elektronik mahupun komunikasi melalui sistem
komputer atau ruangan cyber.Selama ini dua faktor inilah yang sering
disebut dan dikaitkan dengan istilah Dunia Tanpa Sempadan dan ia
didefinasikan oleh ramai diantara kita sebagai perhubungan tanpa
batasan pada seluruh manusia di dunia.
Memang kedua-dua faktor tersebut adalah benar dan ia dilihat memberi
banyak kelebihan atau advantage pada semua manusia termasuklah kita di
sini.NAMUN berapa ramai diantara kita yang tahu tentang satu lagi
definasi Dunia Tanpa Sempadan yang jarang kita dengar mahupun disebut?
dan faktor inilah sebenarnya bakal menjadi cabaran pada kita semua
kerana ia bakal mengundang bencana pada kita semua sekiranya kita tidak
bersedia dan ia mungkin tidak lagi akan menjadi advantage pada kita
sekiranya kita semua tidak bersedia untuk berhadapan dengannya.
Ramai diantara kita tidak tahu wujudnya perjanjian diantara negara kita
dan juga beberapa negara Asian yang lain dengan PBB (Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu) pada tahun 1982 untuk menyekat berlakunya
perkara sebenar dan definasi sebenarnya Dunia Tanpa Sempadan.Melalui
perjanjian tersebut warga negara lain tidak boleh tinggal atau bekerja
dengan negara yang lain tanpa kebenaran dari negara tersebut dan
langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi dan menstabilkan rakyat
dari negaranya sendiri serta memberi banyak peluang pekerjaan kepada
rakyat tempatan.
Namun berapa ramai pula diantara kita yang sedar atau tahu bahawa perjanjian tersebut akan berakhir atau tamat pada tahun 2015
iaitu hanya tinggal 3 tahun saja lagi untuk kita semua berhadapan
dengan erti sebenar Dunia Tanpa Sempadan?.Sekiranya ia berlaku bermakna
sesiapa saja bebas keluar masuk ke mana-mana negara yang dia suka tanpa
ada sekatan samada untuk bekerja ataupun menjalankan perniagaan dan
ketika itulah baru kita faham definasi sebenar Dunia Tanpa
Sempadan..sesiapapun bebas untuk pergi dan tinggal kemana-mana negara
yang dia suka selagi mampu.
Kita lihat pada diri kita sendiri serta generasi kita yang akan datang
apakah kita dan mereka semua mampu untuk berhadapan dengan
'kemungkinan' tersebut?.Bersediakah kita untuk bersaing dengan mereka
yang bakal berhijrah dan merentasi sempadan kita ini?.Bagaimana untuk
kukuhkan kedudukan kita di dalam sesebuah organisasi terutama dalam
sektor swasta supaya tidak digugat oleh orang luar?dan bagaimana pula
dengan perniagaan yang kita jalankan, apakah mampu untuk bersaing
dengan mereka semua?..berapa ramai antara kita yang tahu atau
memikirkan perkara tersebut menjelang tahun 2015 nanti? atau mungkin
kita bakal saksikan kaum melayu kembali berhijrah pulang ke kampung
halaman masing-masing...
Sebenarnya perkara ini telahpun berlaku di negara Eropah samada kita
tidak tahu atau malas atau tak berminat nak ambil tahu dan antara yang
mereka lakukan bagi menyelamatkan negara serta rakyat mereka adalah
dengan membuat sekatan melalui standard yang mereka gubah dan
luluskan.Kerana itu wujudnya standard seperti BS standard dan
sebagainya bertujuan supaya negara lain yang ingin memasuki pasaran
mereka perlu mengikut standard yang telah mereka tetapkan.Negara kita
turut mengikut jejak langkah tersebut melalui standard yang dihasilkan
iaitu MS standard yang hampir menyerupai BS Standard cuma ditukar dari
BS kepada MS.
Bersediakah kita untuk menyahut cabaran ini?..hanya tinggal 3 tahun
saja lagi untuk kita semua mengenali erti sebenar Dunia Tanpa Sempadan..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar